Wednesday, May 29, 2013

Beli Set Bersalin Tanamera (Loose Pack)

Hari ini 30 Mei malas nk g keje, so onleave la. teman cik abg kt umh cuti sekolah minggu pertama kan. so kami plan g subang jaya beli loose item tanamera utk berpantang dan utk pakai skrg

mula2 cal dulu then ikut gps sng je cari banglo 2 tingkat dekat sime darby tu.
yang dibeli utk kegunaan skrg ialah minyak vco, balik umh buka sapu perut dan mis v..dia suh minum week 37 dan bau sebiji minyak tanak yg mak buat dari kelapa tu tp dh org dok rekemen so try la kan, beli brown soap (aku dh pakai sabun 2,3 ari lps beli sapu bawah perut dan badan org ckp akan hilang garis hitam2), beli herbal bath dan feminine wash aja RM 102.
Ni la pic nye


Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita yang saya beli complete set bersalin Tanamera kan?

Tapi pada kawan-kawan yang berminat nak beli produk Tanamera tapi taknak beli sampai 1 set, boleh juga secara berasingan (loose).

Daripada 11 barang, ada 7 barang yang boleh dibeli berasingan iaitu :
  • Virgin Coconut Oil (VCO) - RM34.00
  • Brown Formulation Body Soap - RM15.00
  • Boreh Body Scrub - RM46 (6 peket)
  • Herbal Bath - RM26.50 (12 peket)
  • Feminine Herbal Wash - RM26.50 (12 peket)
  • Herbal Massage Oil - RM33.00
  • Lavender Floral Water - RM36.00
  • Bengkung - RM50.00

3 barang ni pula memang Tanamera's signature agaknya sebab tu tak dijual berasingan. Kalau nak jugak 3 barang ni, kena beli 1 set lah nampaknya.
  • Herbal Tea
  • Calming Paste (Pilis)
  • Firming Paste (Tapel)

tp saya juga guna set pantang paling moden dari tanamera ni iaitu shaklee
sangat bagus utk penjagaan luar dan dalam..

Mudah Melawas Bila Amalkan Set Bersalin Shaklee!

Alhamdulillah masa pantang Adni, sangat terkejut sebab langsung tak sembelit! Mertua pun terkejut sebab saya masa pantang dah lah tak pakai sweater, tak pakai stokin, tak panas- panas, tapi tak sembelit?
Big thanks kepada Alfalfa dan Ostematrix yang sangat membantu untuk pastikan saya tak sembelit macam sebelum nih :D

Sakit Pinggang & Lenguh Badan Hilang

Ostematrik boleh mengelak dari rasa lenguh satu badan. Breastfeed pulak tuh. Masa rasa seksa nya badan.

Lepas Ambil Ostematrix…

Subhanallah Maha Suci Allah, malam tu ambil Ostematrix, esoknya dengan izin Allah, hilang semua sakit pinggang lenguh badan saya!
Sangat lah tak sangka :’)
Memang berbaloi-baloi lah Set Bersalin Shaklee nih.

Bertenaga Dengan Set Bersalin Shaklee

kalau nk cuba set pantang bagi tau saya ye.. 


Tuesday, May 28, 2013

sedut oksigen di klinik pada bulan ke 6 kandungan

selsema teruk dan batuk, kaki tgn kebas sgt pada usia kandungan 6 bulan. ni lps balik kg sbb kt kedah sangat pns terik so bdn xkuat dan xsihat menanggung perubahan cuaca kt sana. g klinik kesihatan sri putra, ramai nye manusia. g kul 10, kul 1 baru time rehat baru leh jupe doc. dapat mc. doc bagi ubt batuk aja

kt klinik kena sedut gas oksigen sbb hidung tersumbat dan berhingus teruk. pem klinik check jantung baby ok. alhmdulilah.



minum air gula usia kandungan 6 bulan.

30 April 2013,
Hantar mak balik kg sempena pilihanraya PRU 13 pada 5/5 2013 nanti with flight jam 6.40am. lps tu kami terus ke klinik mesra rahaya minum air gula. air perisa oren bg ku okla sedap hehe bkn air gula biasa mcm kt klinik kerajaan okeis..
perlu puasa start 10 mlm smlm hingga ke klinik boleh minum air aja, lepas ambil bacaan pertama ok kena cucuk tau utk ambil darah nak tau bacaan gula kita then  minum air gula perlu datang semula untuk amik bacaan ke2 slps 2 jam still dalam puasa just boleh minum air aja. sempat g jusco equin then terlewat 40 min, nasib bacaan kedua 4 patut 5 dh ok la kan kira jd gula rendah la pula tp pem klinik ckp ok la sbb lari skit coz lmbt dtg. kira 2 kali cucuk la utk amik darah.

kami sempat g service keta kat equin juga td huhu sbb dh sampai masa kena servise kan pastu pula mekanic tu check break dia ckp dh haus so tukar la pulak dalam rm ..tak ingt la tp rasa2 total sume dalam rm150 kot sekali dgn service biasa.

lps tu terus cuti balik gopeng sbb hubby nk mengundi pos, yg silapnya letak alamat kg so kenala balik gopeng sampai gopeng 3.30 so sempatlah dia mengundi.

kami balik bangi mlm tu juga sbb teringatkan termos yang xtau bnyk mana baki air dan takut airnye kering. walaupun penat balik juga walau pun esok cuti hari pekerja 1 mei. sampai umh jam 11 malam lebih.
ini la pic 1 ari pada 30 April 2013.
walau 1 hari tp mcm2 benda setle aritu...alhamdulilah.

ni la pic sekitar 1 hari tersebut:

tiket flight mak
kat MAS

cucuk ambil bacaan darah

air gula perisa oren..bg aku sedap n selamba je nk abiskan huhu







Monday, May 27, 2013

Ulang tahun perkahwinan yang pertama 26 Mei 2013

anniversary yg pertama aku dan dia
sambutan biasa aja sebab dah berbadan 2 ni kami xplan g mana2 lagipun bnyk duit perlu digunakan untuk sambut 'org baru' hehe. pg kt rumah kira duit tabung ..alhamdulilah cecah rm1++ juga lah..nt boleh bawa bank untuk buka akaun utk baby.
so ptg kuar g mkn sate kajang ajala. otw singgah cuci keta yg dah bape bulan xcuci tu rasa last cuci balik raya kot hhuhu..








Wednesday, May 22, 2013

SENAMAN UTK IBU2 MENGANDUNG


Senaman Bukaan Rahim amat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung bermula minggu ke 36 selain dari pengambilan Bio Selusuh Biodex untuk membantu memudahkan proses bersalin. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari mengikut kemampuan masing-masing. Sapuan Bio Selusuh Biodex boleh dilakukan selepas senaman mengikut panduan yang diberikan. Amalkan minum Bio Selusuh Biodex terutama di minggu-minggu terakhir menjelang tarikh dijangka bersalin.

senaman1.jpg
senaman2.jpg

Beli stroller baby sekali dengan bakul siap

28 feb 2013 g warehouse sale puchong kilang ngn budak opis, baru msuk 18 mingu kandungan dh sibuk nk shoping brg baby..terujanya nk jd ibu..
kat sini la aku belikan stroller + car sit my 1st baby dapat after offer rm240 huhu.. best woo pink sama ngn bj purple ni



Friday, May 17, 2013

Kedudukan Bayi Songsang dan Kurangkan Sakit Ketika Bersalin

Salam bahagia semua


Hari ini saya nak berkongsi dengan semua, tak kira wanita yang bergelar isteri, mahupun lelaki yang bergelar suami mengenai permasalahan2 wanita ketika mengandung dan melahirkan anak dan cara mengatasinya. Saya terjumpa artikel yang menarik ini dari link di bawah, yang membincangkan secara ringkas tetapi padat cara mengurangkan sakit ketika bersalin dan masalah kedudukan bayi songsang. Selamat membaca! Artikel asal saya telah edit untuk kesenangan semua untuk membaca ;)


ARKIB : 16/09/2012

Kurang sakit ketika bersalin

Soalan

Dr.,saya ada mendengar tentang kesan buruk epidural ketika bersalin. Ada yang mengatakan ia tidak baik untuk buah pinggang kelak. Adakah ia benar? Saya juga ingin tahu apakah kaedah ini pilihan terakhir untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebagai ibu yang mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak sulung, saya juga ingin tahu adakah saya perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin normal dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak anak berada dalam kedudukan songsang?  Sheila, Kedah.


Jawapan

Tahniah Puan Sheila kerana dalam sebulan lagi anda akan bergelar ibu. Terima kasih juga kerana soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Sudah tentu persoalan di atas sentiasa muncul di minda puan buat masa ini. Insya-Allah saya akan cuba memberi penerangan.

A) KAEDAH MENGURANGKAN SAKIT BERSALIN


Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

i) Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) :

merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Adalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sokongan dari suami dapat membantu membahagiakan isteri sepanjang kehamilan


ii) Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod :
iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan.

iii) Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida)
memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

iv) Epidural
Penggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan.
Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.
Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti
·         dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran,
·         tidak memberi kesan mengantuk pada ibu,
·         memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean.
·         Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas.

Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan sepertisakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok(kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah
·         tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara.
·         Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan
·         tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.

B) KEDUDUKAN BAYI SONGSANG




Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Jangan puan risau kerana buat masa ini kandungan puan pada minggu 32 usia kandungan. Insya-Allah bayi puan akan berada dalam kedudukan normal (sefalik) pada temu janji yang seterusnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saat-saat indah sepanjang kehamilan akan menjadi lebih manis apabila mendapat sokongan penuh dari suami dan apabila bayi yang dikandung sudah dilahirkan. terasa hilang segala rasa kesakitan dan berganti dengan kenikmatan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sepanjang kehamilan juga kita tidak akan terlepas dari mengalami beberapa masalah seperti kedudukan bayi yang songsang ini. Namun begitu, sebaiknya dapatkan nasihat doktor agar tidak berlaku sebarang masalah yg membawa kepada kesulitan semasa bersalin nanti. Contohnya, untuk mengelakkan dari komplikasi bayi terbelit dengan tali pusat disebabkan urutan. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa agar saat2 melahirkan nanti, kedudukan bayi akan berubah kepada normal dan juga dikurangkan rasa kesakitan serta dipermudahkan semasa proses bersalin nanti.

Jadi, semoga kita mendapat input berguna dari perkongsian ini. Saya pun tak sabar menanti kehadiran anugerah terindah ini! Semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya, insyaallah :) 


Semoga sentiasa Sihat.Ceria.Bahagia!! 

TIPS anak songsang


Minggu ke 30, pergi  checkup sorang2, siannya dapat tahu lak kedudukan baby songsang risaunya. tapi doc suh dtg lg 3 minggu nk tgok perkembangan sbb bisanya baby akan pusing kedudukan normal balik sbb ada bnyk masa lg.
so balik google tips anak songsang spt di bawah:

TIPS anak songsang
Cara2 nk betulkan kedudukan baby yg songsang :

  • Masa nk solat tu digalakkan utk sujud lama sket... stakat yg larat jela... faham pregnant2 ni ssh sket sbb perut dh beso...
  • Letak pek ais kt atas perut.  Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
  • Cuba bermain dgn touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya.
  • Wt seperti merangkak... tp jangan plak merangkak ke depan... Wt la dlm 5 saat, dlm 2-3 kali.
  • Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.
  • Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InsyaALLAH... kita kena yakin dan ikhlas.
Kalau semua cara diatas tak berjaya gak, kita kena redha jela sbb mungkin ALLAH nk menguji kita. Ada jugak ibu2 yg pregnant ni gi berurut ngan bidan. Aku pun pernah gak berurut ngan bidan... nk perbetulkan kedudukan baby... Tp kena la cari bidan yg betul2 mahir dan pandai... Yela kita tak tau keadaan baby kita kt dlm tu. Takut nnt baby terbelit tali pusat lak... Kalau ikutkan doktor ngan nurse ni, diaorang mmg tak bg... Tp pandai2 korang la yek...

Selamat mencuba....!!!!

Monday, May 6, 2013

Terbang balik kg PRU 2013

Hari mengundi tahun ni adalah pada 5/5/2013.
Balik hari ini juga  ngn flight kul 2.40 hehe. sampai lostaq dalam sejam kul 3.40 jalan sume kul 4 baru nmpk mak ngn makngah dah tunggu dpn pintu airport. sampai tmpt mengundi 4.45 lg 15 min kul 5. huhu lega. tambang balik RM 2++, tambang ke kl RM 120 gitu.. takpe la janji cepat .
Alhamdulilah sempat juga dan selamat juga mengundi thn ni. usia kandunganku dh 28 week, siap bw surat doc tp xde minta pun cuma masa nk balik kl dkt alor setar je aku tunjuk then depa check. so xde pe2 la.
7 mei g cari emas sbb skrg hrg emas jatuh. g pendang dapat 1 gram =150. okla rembat 1 rantai tgn price rm2400 utk 20 gram. (tak silap)

mau balik kl pada 8 mei jam 9.20.
hari ini juga faizal dapat 2nd baby boy kami (i n mum) g hosp dulu dgn paksu, cu dan lang tgok baby then mlm trus g airport. sampi klia 11 lebih abg dtg amik. sampai umh 12 mlm. so tired esok keje.




Wednesday, May 1, 2013

shoping almari baby

Today 1 Mei 2013
Cuti dok umh je then kuar g nilai niat nk tgok lg sekali almari offer kt kedai ala2 inggeris aritu.
ermm masih ada almari baby tu rm200 aja sbb clearance stok. mcm ni tgok kt kedai almari 2 pintu aja n kedai lain pun cecah 200. sblm decide nk beli g tesco nilai usha almari baby 2 pintu made in tesco tp kosong xde pic kartoon only 69 tu mcm xbekenan lak , then xjd beli balik amik kt nilai gak sbb free deliverry coz dekat ngn umh. alhamdulilah huby byr cdt card.
ni la dia, balik xsabo mengemas sume brg2 baby wat masuk dalam almari baru ini huhu